Maklumat Syarikat

We accept orders from various individuals, agencies, and companies, including qualified sales agents who provide similar services to meet customer needs while generating income.

MAFEYA SDN BHD

Latar Belakang Syarikat

MAFEYA SDN. BHD. (1282041-T) merupakan syarikat 100% milikan bumiputra yang telah didaftarkan pada 1 Jun 2018 dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah syarikat sendirian.

Kami mempunyai lebih 14 tahun pengalaman dalam industri mencetak pakaian, sulaman (embroidery), jahitan dan membekal cenderamata korporat kepada pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta, organisasi dan orang persendirian.

Syarikat ini telah diusahakan di bawah perniagaan enterprise selama beberapa tahun sekitar tahun 2010 sebelum penubuhan Mafeya Sdn. Bhd. ketika ini. Kami juga adalah antara syarikat mencetak pakaian yang terbesar di Shah Alam, Selangor.

Tahun Pengalaman Dalam Bidang Mencetak T-Shirt & Uniform
0 +
Kilang Produksi Cetakan, Sulaman, Sublimation & Jahit Pukal
0 +
Pekerja terlatih, berpengalaman & professional
0 +
Pelanggan dari pelbagai agensi, syarikat dan persendirian
0 k+

MAFEYA SDN BHD

Mengapa Memilih Kami

Tenaga kerja dalam MAFEYA SDN. BHD. adalah berpengalaman lebih 14 tahun dalam industri pembuatan
pakaian dan cenderamata korporat. Kami sentiasa memastikan hasil kerja dan produk kami
menepati piawaian yang ditetapkan dengan harga yang berpatutan dan berkualiti serta memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan kami dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik

MAFEYA SDN BHD

CIRI-CIRI BISNES KREATIF

  • MAFEYA SDN. BHD. sentiasa mengendalikan pelbagai tempahan ready-made dan custom-made. Jadi pelanggan kami mudah untuk membuat pilihan bagi memenuhi ciri-ciri tempahan yang diinginkan.
  • Produksi tempahan sentiasa berada di dalam selia kawal oleh MAFEYA SDN. BHD. Ini dapat memudahkan setiap proses berjalan dengan baik dan lancar.
  • MAFEYA SDN. BHD. boleh menerima dan menyiapkan tempahan dalam masa yang singkat (“urgent job”). Jangka masa proses tempahan dapat disusun mengikut keperluan tempahan yang diterima.
  • MAFEYA SDN. BHD. sedia menerima tempahan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Carta Organisasi

Jenama Kami

Perkhidmatan Kami

Boleh kami bantu anda? Chat dengan kami melalui whatsapp untuk sebarang pertanyaan. Kami sedia membantu anda.

WhatsApp Kami