Kami telah memulakan perniagaan sejak dari tahun 2010 sehingga kini bermula dari penjenamaan digital dan ketika ini kami memiliki lebih 10 jenama digital bawah syarikat Mafeya Sdn Bhd. untuk tujuan pemasaran dan memudahkan pelanggan membuat tempahan serta mendapatkan maklumat.
Di OhTshirt.com.my kami menawarkan perkhidmatan printing t-shirt, printing t-shirt sublimation, DTG printing, Heat Press printing dan Embroidery. Oh! T-Shirt merupakan jenama yang pertama kami bangunkan sekitar tahun 2010 dan masih beroperasi hingga ke hari kini secara online sepenuhnya.
Di KilangJahit.com kami menumpukan kepada perkhidmatan custom made t-shirt, custom made uniform dan tempahan jahit pukal seperti tempahan baju melayu, baju kurung, jubah, tudung dan sebagainya mengikut permintaan pelanggan. Kilang jahit kami beroperasi di Seksyen 7 Shah Alam ini menerima tempahan pada bila-bila masa sahaja dan mampu menjahit 100 jahitan setiap hari.